Program DRCA
Program Pemulihan Kewangan Berperingkat
Inisiatif membantu individu yang menghadapi kesukaran menguruskan kewangan
Tentang Program Pemulihan Kewangan Berperingkat (PPKB)
Program ini adalah inisiatif khas yang direka untuk membantu individu yang menghadapi kesukaran menguruskan kewangan mereka. Program ini menawarkan pendekatan sistematik dan berstruktur dalam membantu individu keperluan untuk memulihkan kestabilan kewangan secara bertahap, dengan bimbingan dan sokongan yang berterusan.
Melalui program ini, peserta akan diberi konsultasi peribadi yang disesuaikan dengan keperluan masing-masing. Langkah pertama melibatkan penilaian menyeluruh terhadap situasi kewangan semasa peserta, termasuk analisis pendapatan, perbelanjaan, hutang, dan komitmen kewangan lain. Berdasarkan penilaian ini, pelan pemulihan kewangan yang komprehensif akan disusun untuk membantu mereka mencapai kestabilan kewangan.
Program ini juga merangkumi bimbingan tentang literasi kewangan, perancangan bajet, dan teknik menstruktur semula hutang yang boleh memberi kesan jangka panjang yang positif. DRCA turut mencadangkan strategi penyelesaian hutang secara berperingkat, membantu peserta menyelesaikan isu kewangan dengan lebih cekap dan teratur.
Selain itu, peserta akan diberi pemantauan dan sokongan berkala untuk memastikan mereka kekal di landasan yang betul dan mampu mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan. DRCA komited untuk memastikan bahawa melalui Program Pemulihan Kewangan Berperingkat ini, setiap peserta dapat mengawal semula kewangan mereka dan membina masa depan yang lebih stabil serta sejahtera.
Dengan pendekatan yang sistematik, profesional, dan mesra pelanggan, program ini menawarkan penyelesaian yang praktikal untuk membantu individu mengatasi masalah kewangan mereka, seterusnya mencapai kestabilan kewangan yang mampan.
Kumpulan Sasar
- Potongan Slip Gaji melebihi 60%
- Hutang Lapuk
- Disenarai Hitam (Blacklist, Legal, MIA, Section E)
- Skor Kredit tidak memuaskan
- Peserta Program Pengurusan Hutang Khas
- Isu Komitmen terlalu tinggi
- Keberhutangan Pinjaman Bukan Bank (NLCI)
Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran kami, jangan ragu-ragu untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana program ini boleh membantu anda.
Manfaat
Manfaat Program PPKB
5M
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Mari kita bersama-sama mengatasi masalah kewangan demi mencapai masa depan yang lebih cerah.
