Kesihatan Mental
Pemulihan Kesihatan Mental
Komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan mental peserta kami.
Bimbingan berterusan dan Pengurusan Psikologi
Perkhidmatan Psikologi merupakan pemangkin kepada pembangunan modal insan yang sejantera, berintegriti dan berprestasi tinggi. DRCA berupaya membantu pengurusan sumber manusia mempertingkatkan potensi dan kecemerlangan pegawai dalam menjayakan misi dan visi organisasi. Ia juga salah satu cara yang efisien yang mampu untuk membantu setiap pegawai untuk menghindarkan diri daripada terjerumus dengan pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga, hubungan interpersonal dan sebagainya melalui penyedian pelan yang diberikan oleh Kaunselor.
Kesihatan mental
Kandungan terkini
Akses artikel yang dikurasi bertema kesihatan mental di sini.
Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor
Hari Ke-2 Bulan Kaunseling (SAJIWA) Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Selangor
Pada hari kedua penganjuran Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, program ini terus menyemarakkan semangat dan komitmen dalam bidang kaunseling serta pembangunan sahsiah pelajar. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, para pengetua, guru besar, Akrab Daerah, kaunselor daerah dari seluruh negeri Selangor serta wakil-wakil dari DRCA.
