Taklimat Kami

Taklimat literasi kewangan

Meningkatkan tahap literasi masyarakat 

Taklimat Literasi Kewangan

Taklimat adalah elemen penting dalam Program Latihan, Bimbingan dan Kaunseling Perancangan Kewangan DRCA. Sesi maklumat pertama telah diadakan khas untuk Para Pengetua dan Guru Besar daerah Pitas atas jemputan Pegawai Pendidikan Daerah Pitas, Sabah pada Jun, 2022. Susulan dari Surat Kuasa dari Pengarah JPNS Sabah, Datuk Tah Niah binti Haji Jaman pada 21 Julai, 2022 dan Surat Kebenaran dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Norisah Binti Suhaili (SOS) pada 11 Oktober, 2022, pihak DRCA telah diamanahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengadakan taklimat dan perkongsian pintar dalam perancangan kewangan yang bijak untuk jangka panjang di seluruh Malaysia. Sehingga kini, Lima (5) buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Selangor Darul Ehsan, Johor Darul Takzim dan Kedah telah menerima Program Latihan, Bimbingan dan Kaunseling Perancangan Kewangan DRCA dengan baik di mana pelbagai sesi taklimat telah diadakan sejak tahun 2022 sehingga kini. Selain daripada kakitangan KPM, pegawai-pegawai DRCA turut dijemput oleh jabatan-jabatan lain untuk mengendalikan taklimat Perancangan Kewangan seperti Jabatan Bomba, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan Tempatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan lain-lain.

Program Latihan, Bimbingan dan Kaunseling Perancangan Kewangan DRCA bertujuan untuk memberi bimbingan dari segi teknikal dan professional tentang perancangan kewangan kepada semua penjawat awam yang mengalami pelbagai isu kewangan seperti hutang lapuk, komitmen tinggi, potongan gaji melebihi 60%, nama telah disenaraihitam dan sebagainya. Dalam hasrat ini, DRCA ingin mengurangkan persepsi negatif masyarakat sejagat terhadap Perancangan Kewangan yang kurang baik yang dialami oleh sebilangan kakitangan awam yang mempunyai keberhutangan yang tinggi sehingga mengganggu emosi dan kerjaya mereka dengan melibatkan diri dalam Program Latihan, Bimbingan dan Perancangan Kewangan DRCA. Ke arah mencapai matlamat ini, pelbagai siri taklimat yang dikendalikan oleh Pegawai DRCA yang bertauliah untuk memberi pendedahan dalam kaedah perancangan bajet serta kewangan yang efektif, membantu menilai status kewangan terkini serta memberi pelbagai solusi yang bermanfaat untuk menyelesaikan isu-isu kewangan yang dihadapi.

Aktiviti

Aktiviti taklimat

Saksikan usaha kami untuk mempromosikan literasi kewangan melalui aktiviti-aktiviti taklimat kami.

Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

Hari Ke-2 Bulan Kaunseling (SAJIWA) Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Selangor

Pada hari kedua penganjuran Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, program ini terus menyemarakkan semangat dan komitmen dalam bidang kaunseling serta pembangunan sahsiah pelajar. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, para pengetua, guru besar, Akrab Daerah, kaunselor daerah dari seluruh negeri Selangor serta wakil-wakil dari DRCA.

Taklimat Program Kesejahteraan Diri Warga KPM Hulu Langat – 20 Ogos 2024

Taklimat Program Kesejahteraan Diri Warga KPM Hulu Langat – 20 Ogos 2024

Pada tarikh 20 Ogos 2024, satu taklimat penting telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat yang bertemakan Program Kesejahteraan Diri Warga KPM Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan dan kesihatan mental serta fizikal dalam kalangan warga pendidikan di daerah Hulu Langat.

Taklimat 08/08/2024 @ PPD, Klang

Taklimat 08/08/2024 @ PPD, Klang

Taklimat DRCA pada 8 Ogos 2024 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertujuan memperkenalkan perkhidmatan kewangan kami kepada sektor pendidikan. Kami berkongsi maklumat penting mengenai produk kewangan yang dapat membantu individu dan organisasi dalam perancangan kewangan. Sesi ini juga menekankan pentingnya literasi kewangan untuk mencapai kestabilan ekonomi dan kesejahteraan hidup.