Tanggungjawab Sosial Korporat

Memperbaik taraf hidup komuniti kami

Komitmen kami untuk memperbaiki kesan sosial, alam sekitar, dan masyarakat.

Program Bantu Mereka

Selain daripada Program Latihan, Bimbingan dan Pembelajaran Pengurusan Kewangan, DRCA juga menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada golongan-golongan yang sangat memerlukan terutama sekali murid-murid yang tidak berkemampuan dan asnaf. Pihak DRCA menyediakan bantuan dalam bentuk ‘makanan ruji’ kepada murid-murid berkeperluan mengikut kesesuaian dan permintaan pihak berkenaan. Melalui Program “Bantu Mereka” yang akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri Sabah, pihak DRCA mengharapkan bebanan yang dihadapi oleh mereka dapat diringankan. Kini, pihak DRCA telah menghulurkan bantuan CSR kepada sebahagian murid-murid yang berkeperluan kepada sebanyak sebelas (11) daerah di seluruh Sabah.

 

Pihak Sekolah/PPD akan mengenalpasti senarai murid yang berkeperluan untuk menerima bantuan dari pihak DRCA. Satu majlis penyampaian sumbangan akan dilaksanakan di lokasi mengikut ketentuan daripada pihak Sekolah/PPD bagi memudahkan sumbangan yang akan disalurkan kepada murid-murid terpilih.

 

Program CSR pada peringkat sekolah telah diadakan buat kali pertama pada 12 September, 2022 di SK Tambulaong, Tuaran di mana terdapat 20 orang murid dari golongan B40 telah menerima bantuan makanan dan alat tulis sumbangan dari DRCA.
Pada 17 Oktober, 2022, Pengarah JPNS yang diwakili oleh Tuan Muddin Beting, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPNS Sabah telah merasmikan Program “Bantu Mereka” DRCA di perkalangan Wisma DRCA, Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. Semenjak itu, lebih dari 30 buah sekolah serta PPD seluruh Sabah telah berkolaboratif dengan pihak DRCA untuk menjayakan program “Bantu Mereka” yang amat bermakna ini.

Tanggungjawab sosial korporat

Aktiviti CSR kami yang terkini

Ikuti artikel aktiviti terkini kami di sini.

Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

Hari Ke-2 Bulan Kaunseling (SAJIWA) Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Selangor

Pada hari kedua penganjuran Bulan Kaunseling (SAJIWA) oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, program ini terus menyemarakkan semangat dan komitmen dalam bidang kaunseling serta pembangunan sahsiah pelajar. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, para pengetua, guru besar, Akrab Daerah, kaunselor daerah dari seluruh negeri Selangor serta wakil-wakil dari DRCA.

Menyantuni Pelajar Asnaf SK Bolong

Menyantuni Pelajar Asnaf SK Bolong

Pada hari yang penuh bermakna ini, DRCA telah menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan tema “Menyantuni Pelajar Asnaf” di Sekolah Kebangsaan (SK) Bolong. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari golongan asnaf, serta memberi sokongan dalam usaha mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.