Akta Perlindungan Data Peribadi (ADPD)

Pengenalan

Notis Perlindungan Data Peribadi (Notis) ini menerangkan bagaimana DRCA (Debt Restructuring Counselling Agency) menggunakan data peribadi anda. DRCA amat komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP). Notis ini adalah berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara sukarela dengan DRCA apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.

Tujuan Notis

Notis ini dikeluarkan selari dengan APDP kepada semua individu yang merupakan pelanggan, rakan kongsi pintar, pihak yang berkepentingan, penjual, dan/atau pembekal barangan dan/atau perkhidmatan serta pekerja mereka yang:

  • Pada masa lepas telah menghadiri atau pada masa depan akan hadir untuk pendidikan kewangan DRCA, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit; atau
  • Mengemukakan apa-apa tender/pemerolehan untuk DRCA.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

DRCA memproses data peribadi seperti di bawah tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

  • Untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan dan kaunseling kewangan.
  • Untuk membangunkan Program Pengurusan Kredit Peribadi (PPK).
  • Untuk menilai keberkesanan Program Pendidikan Kewangan dan PPK kami.
  • Untuk menilai kesesuaian penjual, dan/atau pembekal barangan dan/atau perkhidmatan serta pekerja mereka dalam menganugerahkan kontrak yang dipohon.
  • Untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab dalam kontrak, termasuk membuat pembayaran untuk barangan dan/atau perkhidmatan dan menyimpan maklumat peribadi kakitangan yang bertanggungjawab kepada obligasi penjual, dan/atau pembekal barangan dan/atau perkhidmatan serta pekerja mereka di bawah kontrak.
  • Untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
  • Untuk menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami.
  • Untuk pengesahan maklumat yang berkaitan dengan butir-butir peribadi, latar belakang pekerjaan, dan kedudukan kewangan.
  • Untuk digunakan bagi lain-lain aktiviti perniagaan yang sah daripada DRCA.

Jenis Pemprosesan Data Peribadi

DRCA memproses data peribadi termasuklah seperti berikut namun tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

  • Butir-butir peribadi: nama, bangsa, agama, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor pasport, status perkahwinan, butir-butir pasangan, anak-anak dan waris terdekat dan latar belakang pendidikan.
  • Sejarah pekerjaan.
  • Pinjaman dan nombor akaun bank & baki dan caruman berkanun, iaitu KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan.
  • Maklumat mengenai aset, liabiliti dan kedudukan kredit.

Pendedahan Data Peribadi

DRCA boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, termasuklah permintaan wajib yang dibuat oleh mana-mana pihak di bawah undang-undang Malaysia berkenaan:

  • Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan keperluan kerajaan; dan
  • Mana-mana entiti lain yang berkaitan, termasuk bank-bank, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi pembangunan kewangan dan koperasi.

Capaian Data Peribadi

Di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Cara Berhubung

Untuk sebarang permintaan untuk meminda data peribadi, anda boleh hubungi kami di:

Untuk penerangan lanjut dan pertanyaan, sila hubungi kami di:

  • Nombor telefon: 60162101515
  • Waktu Operasi: 9.00 pg – 4.00 ptg (Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum)

Keselamatan Data

DRCA mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi yang dikumpul dan kerahsiaannya. DRCA memastikan tadbir urus yang bersesuaian, serta memastikan bahawa perlindungan keselamatan dan prosedur yang diambil adalah selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan bagi perlindungan data peribadi.

Pengekalan Data

DRCA memastikan yang maklumat peribadi yang dikumpul akan dikekalkan dan dimusnahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 10 APDP.

Integriti Data

Sila pastikan data peribadi yang diberikan kepada DRCA adalah lengkap, tepat, dan terkini. Sebarang perubahan terkini kepada data perlu dimaklumkan kepada pihak DRCA sewajarnya.